RAWATAN ANAI-ANAI




PRE-CONSTRUCTION

 Anti-Termite Soil treatment 
Cara Rawatan : 
Kaedah khas yang digunakan untuk melindungi bangunan anda terhadap serangan anai-anai subterranean dengan menyuntikkan bahan kimia yang kuat ke dalam tanah. Rawatan ini akan membentuk perisai pertahanan yang kuat terhadap sebarang serangan anai-anai dengan menjadikannya mustahil untuk ditembusi oleh anai-anai.

Kelebihan :
  • Melindungi rumah atau premis yang anda akan bina daripada serangan anai-anai
  • Anda tidak perlu menanggung kos kerugian akibat serangan anai-anai pada perabot di rumah/premis anda


POST-CONSTRUCTION

 Treatment 1 : General Pest 
Cara Rawatan : 
Kami akan servis di dalam rumah/premis anda menggunakan pam. Semburan akan dilakukan di setiap tempat yang mempunyai anai-anai, bingkai pintu dan tingkap, kabinet dan setiap kayu yang ada di dalam rumah.

Kekurangan :
  • Rawatan ini cuma mampu bertahan sementara sahaja kerana hanya menghapuskan anai-anai yang kelihatan sahaja
  • Selalunya rawatan ini akan dilakukan jika masalah anai-anai tidak serius


 Treatment 2 : Spray Completed 
Cara Rawatan :
Kami akan servis di dalam rumah/premis anda menggunakan pam dan compressor. Semburan akan dilakukan di setiap tempat yang mempunyai anai-anai, bingkai pintu dan tingkap, kabinet, setiap kayu yang ada di dalam rumah, dan siling/bumbung.

Kelebihan : 
  • Rawatan ini dapat melindungi penghuni rumah/premis daripada kejadian bumbung runtuh akibat dimakan oleh anai-anai
  • Bertahan lebih lama berbanding rawatan General Pest


 Treatment 3 : Corrective Treatment 
Kami akan servis di dalam rumah/premis anda menggunakan pam dan compressor. Semburan akan dilakukan di setiap tempat yang mempunyai anai-anai, bingkai pintu dan tingkap, kabinet, setiap kayu yang ada di dalam rumah, dan siling/bumbungKami juga akan menebuk lubang di sekeliling rumah/premis anda menggunakan drill dengan jarak 2 kaki daripada setiap lubang dan kedalaman 2 kaki bagi setiap lubang. Kemudian, racun akan disuntik ke dalam setiap lubang. Akhir sekali, setiap lubang akan dipalam semula mengikut warna simen/mozek.


 Treatment 4 : Baiting 
Kami akan meletakkan umpan anai-anai dan stesen pemantauan di sekitar kawasan rumah/premis anda terutamanya tempat 'hotspot' serangan anai-anai. Kaedah ini selalunya digunakan untuk rumah flat, apartment, dan condominium kerana kaedah tebuk/drill lantai tidak boleh dilakukan.

Bagaimana rawatan ini berfungsi? 
Anai-anai akan makan kayu/umpan yang diletakkan. Umpan tersebut mengandungi bahan aktif atau dengan bahasa mudah - racun. Bahan aktif ini bertindak sebagai pengawal pertumbuhan serangga (Insect Growth Regulator) akan membuatkan proses salin kulit anai-anai terhenti. Oleh itu, kebanyakan anai-anai akan mati akibat kegagalan untuk menyalin kulit.

Akhir sekali, permaisuri anai-anai akan mati kerana tiada lagi anai-anai yang memberinya makan. Oleh itu, seluruh koloni akan terhapus kerana tiada lagi permaisuri anai-anai yang fungsinya untuk pembiakan.

Kelebihan : 
  • Tidak berbau
  • Berkesan untuk menghapuskan keseluruhan koloni anai-anai
  • Tidak perlu drill lantai rumah/premis

ANAI-ANAI


ANAI-ANAI merupakan serangga yang hidup dan bekerja secara berkumpulan, yang dinamakan koloni. Koloni anai-anai dibahagikan mengikut kasta, dan setiap kasta mempunyai tugas yang tersendiri.

KASTA DALAM KOLONI ANAI-ANAI :
Permaisuri dan raja - Mereka akan mengawan permaisuri akan bertelur
Pekerja - Mengumpul danmemberi makan kepada kasta lain dengan cara memuntahkan makanan. Pekerja juga berfungsi untuk membina sarang dan terowong
Askar - Berfungsi untuk mempertahankan koloni
Kelkatu - Merupakan anai-anai yang boleh terbang. Berfungsi untuk pembiakan anai-anai kerana mereka akan mengawan dan membina koloni di tempat baru

JENIS ANAI-ANAI :
Anai-anai kayu kering - Membina sarang dan memperoleh makanan daripada kayu kering. Tidak memerlukan tanah atau sumber lembapan.
Anai-anai busut - Membina sarang daripada tanah dan sarang akan membonjol dari tanah.
Anai-anai bawah tanah - Mebina sarang di dalam tanah. Sarang tidak dapat dilihat daripada atas tanah.

ANAI-ANAI SEBAGAI MAKHLUK PEROSAK
Kebanyakan kerosakan pada bangunan adalah disebabkan oleh anai-anai daripada spesies Coptotermes. Selalunya, anai-anai daripada spesies ini membina sarang di dalam tanah di luar bangunan. Walaupun hanya bersarang di dalam tanah, namun mereka boleh menyerang bahagian atas bangunan

Bagaimana anai-anai boleh memasuki bangunan?
Anai-anai boleh memasuki bangunan melalui rekahan dinding atau lantai, pembuluh elektrik, atau paip air dan akan membina laluan yang diliputi tanah. Kemudian anai-anai akan mula menyerang bingkai pintu dan tingkap, perabut, bumbung kayu, kotak, dan buku-buku. Kehadiran anai-anai selalunya akan disedari apabila kerosakan sudah teruk kerana serangan anai-anai pada sesuatu barang tidk dapat dilihat pada peringkat awal.

Bagaimana pengecaman spesis anai-anai dilakukan?
Anai-anai kayu kering boleh dikenali dengan tabiat membuat sarangnya. Berlainan dengan anai-anai spesies lain kerana mereka tidak membawa masuk tanah tetapi kita boleh melihat butiran najis seperti pasir dibawa keluar daripada galeri tempat anai-anai ini tinggal. Biasanya, kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai ini terhad pada suatu kawasan kecil sahaja. 

Anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut pula dikenali kerana mereka membuat sarang di tanah dan akan memasuki bangunan melalui rekahan dinding atau lantai. Anai-anai ini akan membawa lembapan dan tanah ke dalam bangunan. Biasanya, kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai ini lebih cepat dan teruk.

Coptotermes pula ialah anai-anai bawah tanah yang biasa menyerang kayu dalam bangunan dan pokok-pokok. Pengecaman anai-anai ini boleh dibuat melalui getah melekit yang berwarna putih yang dirembeskan daripada satu bukaan di hadapan kepala askar apabila mereka diusik.