RAWATAN ANAI-ANAI




PRE-CONSTRUCTION

 Anti-Termite Soil treatment 
Cara Rawatan : 
Kaedah khas yang digunakan untuk melindungi bangunan anda terhadap serangan anai-anai subterranean dengan menyuntikkan bahan kimia yang kuat ke dalam tanah. Rawatan ini akan membentuk perisai pertahanan yang kuat terhadap sebarang serangan anai-anai dengan menjadikannya mustahil untuk ditembusi oleh anai-anai.

Kelebihan :
  • Melindungi rumah atau premis yang anda akan bina daripada serangan anai-anai
  • Anda tidak perlu menanggung kos kerugian akibat serangan anai-anai pada perabot di rumah/premis anda


POST-CONSTRUCTION

 Treatment 1 : General Pest 
Cara Rawatan : 
Kami akan servis di dalam rumah/premis anda menggunakan pam. Semburan akan dilakukan di setiap tempat yang mempunyai anai-anai, bingkai pintu dan tingkap, kabinet dan setiap kayu yang ada di dalam rumah.

Kekurangan :
  • Rawatan ini cuma mampu bertahan sementara sahaja kerana hanya menghapuskan anai-anai yang kelihatan sahaja
  • Selalunya rawatan ini akan dilakukan jika masalah anai-anai tidak serius


 Treatment 2 : Spray Completed 
Cara Rawatan :
Kami akan servis di dalam rumah/premis anda menggunakan pam dan compressor. Semburan akan dilakukan di setiap tempat yang mempunyai anai-anai, bingkai pintu dan tingkap, kabinet, setiap kayu yang ada di dalam rumah, dan siling/bumbung.

Kelebihan : 
  • Rawatan ini dapat melindungi penghuni rumah/premis daripada kejadian bumbung runtuh akibat dimakan oleh anai-anai
  • Bertahan lebih lama berbanding rawatan General Pest


 Treatment 3 : Corrective Treatment 
Kami akan servis di dalam rumah/premis anda menggunakan pam dan compressor. Semburan akan dilakukan di setiap tempat yang mempunyai anai-anai, bingkai pintu dan tingkap, kabinet, setiap kayu yang ada di dalam rumah, dan siling/bumbungKami juga akan menebuk lubang di sekeliling rumah/premis anda menggunakan drill dengan jarak 2 kaki daripada setiap lubang dan kedalaman 2 kaki bagi setiap lubang. Kemudian, racun akan disuntik ke dalam setiap lubang. Akhir sekali, setiap lubang akan dipalam semula mengikut warna simen/mozek.


 Treatment 4 : Baiting 
Kami akan meletakkan umpan anai-anai dan stesen pemantauan di sekitar kawasan rumah/premis anda terutamanya tempat 'hotspot' serangan anai-anai. Kaedah ini selalunya digunakan untuk rumah flat, apartment, dan condominium kerana kaedah tebuk/drill lantai tidak boleh dilakukan.

Bagaimana rawatan ini berfungsi? 
Anai-anai akan makan kayu/umpan yang diletakkan. Umpan tersebut mengandungi bahan aktif atau dengan bahasa mudah - racun. Bahan aktif ini bertindak sebagai pengawal pertumbuhan serangga (Insect Growth Regulator) akan membuatkan proses salin kulit anai-anai terhenti. Oleh itu, kebanyakan anai-anai akan mati akibat kegagalan untuk menyalin kulit.

Akhir sekali, permaisuri anai-anai akan mati kerana tiada lagi anai-anai yang memberinya makan. Oleh itu, seluruh koloni akan terhapus kerana tiada lagi permaisuri anai-anai yang fungsinya untuk pembiakan.

Kelebihan : 
  • Tidak berbau
  • Berkesan untuk menghapuskan keseluruhan koloni anai-anai
  • Tidak perlu drill lantai rumah/premis

ANAI-ANAI


ANAI-ANAI merupakan serangga yang hidup dan bekerja secara berkumpulan, yang dinamakan koloni. Koloni anai-anai dibahagikan mengikut kasta, dan setiap kasta mempunyai tugas yang tersendiri.

KASTA DALAM KOLONI ANAI-ANAI :
Permaisuri dan raja - Mereka akan mengawan permaisuri akan bertelur
Pekerja - Mengumpul danmemberi makan kepada kasta lain dengan cara memuntahkan makanan. Pekerja juga berfungsi untuk membina sarang dan terowong
Askar - Berfungsi untuk mempertahankan koloni
Kelkatu - Merupakan anai-anai yang boleh terbang. Berfungsi untuk pembiakan anai-anai kerana mereka akan mengawan dan membina koloni di tempat baru

JENIS ANAI-ANAI :
Anai-anai kayu kering - Membina sarang dan memperoleh makanan daripada kayu kering. Tidak memerlukan tanah atau sumber lembapan.
Anai-anai busut - Membina sarang daripada tanah dan sarang akan membonjol dari tanah.
Anai-anai bawah tanah - Mebina sarang di dalam tanah. Sarang tidak dapat dilihat daripada atas tanah.

ANAI-ANAI SEBAGAI MAKHLUK PEROSAK
Kebanyakan kerosakan pada bangunan adalah disebabkan oleh anai-anai daripada spesies Coptotermes. Selalunya, anai-anai daripada spesies ini membina sarang di dalam tanah di luar bangunan. Walaupun hanya bersarang di dalam tanah, namun mereka boleh menyerang bahagian atas bangunan

Bagaimana anai-anai boleh memasuki bangunan?
Anai-anai boleh memasuki bangunan melalui rekahan dinding atau lantai, pembuluh elektrik, atau paip air dan akan membina laluan yang diliputi tanah. Kemudian anai-anai akan mula menyerang bingkai pintu dan tingkap, perabut, bumbung kayu, kotak, dan buku-buku. Kehadiran anai-anai selalunya akan disedari apabila kerosakan sudah teruk kerana serangan anai-anai pada sesuatu barang tidk dapat dilihat pada peringkat awal.

Bagaimana pengecaman spesis anai-anai dilakukan?
Anai-anai kayu kering boleh dikenali dengan tabiat membuat sarangnya. Berlainan dengan anai-anai spesies lain kerana mereka tidak membawa masuk tanah tetapi kita boleh melihat butiran najis seperti pasir dibawa keluar daripada galeri tempat anai-anai ini tinggal. Biasanya, kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai ini terhad pada suatu kawasan kecil sahaja. 

Anai-anai bawah tanah dan anai-anai busut pula dikenali kerana mereka membuat sarang di tanah dan akan memasuki bangunan melalui rekahan dinding atau lantai. Anai-anai ini akan membawa lembapan dan tanah ke dalam bangunan. Biasanya, kerosakan yang dilakukan oleh anai-anai ini lebih cepat dan teruk.

Coptotermes pula ialah anai-anai bawah tanah yang biasa menyerang kayu dalam bangunan dan pokok-pokok. Pengecaman anai-anai ini boleh dibuat melalui getah melekit yang berwarna putih yang dirembeskan daripada satu bukaan di hadapan kepala askar apabila mereka diusik. 

Pengenalan & Skop Def Power Enterprise


PENGENALAN
  • DEF POWER ENTERPRISE telah didaftar di bawah akta Pendaftaran Perniagaan 1956 serta telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

  • Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan agar lebih banyak syarikat Bumiputera ditubuhkan bagi menghadapi era globalisasi di samping wawasan kerajaan agar meningkatkan lagi golongan bumiputera berdaya maju serta berdaya saing.



SKOP
  • DEF POWER ENTERPRISE adalah sebuah syarikat 100% dimiliki oleh Bumiputera
  • Di urus secara professional dengan menekan aspek perkhidmatan yang mesra, cekap dan berkualiti di samping asa yang kukuh dan di bantu oleh kakitangan yang berdedikasi serta luas pengalaman di dalam bidang ini.